Tuesday, 6 August 2013

SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR & BATIN

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA...



1stly... admin ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR & BATIN.. Andai kata sepanjang blogspot ini diwujudkan terdapat kata2/tulisan yang mengguris hati pembaca terutama kepada seluruh ahli keluarga PXT Phoenix yang tercinta... Begitu juga sekiranya sepanjang admin menjadi pengurus pasukan terdapat arahan dan keputusan yang tidak memuaskan hati, admin dengan rasa rendah dirinya memohon ampun & maaf... (ayat power siut.. hahaha..)

Kepada mereka yang pulang ke kampung halaman, admin harap pandulah kenderaan dengan penuh berhati2 dan bertimbang rasa ketika berada di jalanraya.. Begitu juga kepada mereka yang keluar untuk beraya menziarahi sanak saudara dan sahabat handai... Ingat kata2 ni "KEPULANGAN ANDA DINANTI BUKAN UNTUK DITANGISI".. 

Jangan dilupakan juga kepada ahli keluarga / sahabat kita yang telah pergi meninggalkan kita.. Ziarahlah pusara mereka dan sedekahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada mereka, semoga roh mereka ditempatkan dikalangan org yang bertakwa.. Tahun ni merupakan tahun pertama admin beraya tanpa ayahanda kerana telah pergi menyahut seruan Illahi pada 18 Syawal tahun lepas.. Alfatihah...

Yang pastinya bulan Ramadhan akan melabuhkan tirainya beberapa hari lagi dan semoga kita dapat berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan ini dimasa akan datang.. Semoga kita dipanjangkan usia dan dimurahkan rezki insyaallah...

SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR DAN BATIN.........

Wednesday, 31 July 2013

MIMPI YG INDAH (HARAP JADI KENYATAAN)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Apa khabar semua? Dah lama tak jumpa dengan geng2 PXT.. rindu rasanya.. :) Harap semuanya sihat dan gembira hendaknya.. lebih2 lagi dah nak dekat dengan Hari Raya Aidilfitri ni...So ramai yg dah takde 'mood' nak keje kan?? haha.. sama la kita.. Pejam celik bulan Ramadhan telah menghampiri ke penghujungnya.. 10 malam yang terakhir ni adalah malam yang perlu kita lipat kali gandakan amalan baik seperti solat sunat, membaca alquran dan bermacam2 lagi ibadah yang boleh kita lakukan.. kerana didalam 10 malam yang terakhir ni terdapat 1 malam yang dipanggil Lailatul Qadar.. Dimana ganjaran pahalanya berlipat kali ganda.. Subhanallah.. 

Jadi apa yang hendak dikongsikan disini adalah malam tadi admin telah bermimpi pasukan PXT Phoenix telah memenangi WCA 2013.. hahaha.. sampai terbawak dlm mimpi.. So diharap mimpi admin di 10 malam terakhir ramadhan ni diharap akan menjadi kenyataan dan diharapkan korang semua berdoalah banyak2 dimalam 10 malam yang terakhir ini kerana dikatakan bahawa pada malam Lailatul Qadar doa yang dipanjatkan insyaallah diperkenankan oleh Allah.. Kita berdoalah untuk diri kita agar diampunkan dosa dan di beri kekuatan iman.. Doa jugak untuk pasukan PXT dapat kekal didalam dunia paintball dan beroleh kemenangan.. Insyaallah.. Kita hanya mampu berdoa dan berusaha.. Kita merancang dan Allah yg menentukannya.. Sesungguhnya perancangan Allah lebih hebat drpd perancangan manusia.. Wassalam..





Thursday, 25 July 2013

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN - NAZZ VILLA



1stly admin dan juga rakan2 PXT ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir yg ke 28 kpd Kapten PXT iaitu Nazz Villa.. Beliau masih single dan sesapa yg ingin menjadi pasangan hidupnya hendaklah pandai bermain paintball.. hahahaha... (Nazz yg kata bkn admin yg kata.. bulan pose tak elok menipu.. hehehe)

Propark & PXT telah bagi kejutan kat Nazz dgn pemberian hadiah.. Cuma acara mkn kek dan kaboooka belum diadakan disebabkan kekangan masa.. Tp yg pasti kabooka akan diadakan.. (admin masih igt peristiwa admin di kabooka kan oleh Nazz.. siap kau Nazz..) hahahaha.. Apapun Selamat Hari Lahir kepada Nazz Villa semoga Allah memberkati anda dan dipertemukan jodoh dengan paintballer jugak :) (rasenye mcm da ada jek) serta semoga pasukan PXT dibawah kepimpinan Nazz akan mendapat kejayaan di WCA 2013 khususnya dan dimana2 pertandingan paintball amnya... 






harap kita dapat cari kek mcm ni... mcm best jer.. lepas mkn kek je kita kabooka Naz kawkaw nye.. hahaha.. geram aku...




Friday, 12 July 2013

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA


Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

1stly saya wakil daripada pasukan PXT Phoenix mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan kepada seluruh umat islam.. Diharap segala amalan baik kita di bulan ramadhan ini diterima oleh Allah S.W.T. Kita juga harus bersyukur kerana diizinkan oleh Allah untuk bertemu lagi bulan ramadhan. Kepada seluruh pasukan PXT, latihan ditangguhkan buat sementara waktu dan pada hari Ahad 14hb Julai 2013 marilah kita beramai-ramai berbuka puasa di Propark Paintball & Event. Sesiapa yang ada kelapangan boleh lah datang.. Kita beli juadah berbuka di bazar ramadhan Sri Serdang dan berbuka di Propark.. Dan sekiranya ada sesiapa yg berhajat nak training adalah digalakkan.. Selamat berpuasa semua....


Friday, 5 July 2013

BUMI YOGYAKARTA@JOGJAKARTA - AKU PASTI DATANG LAGI...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah.. akhirnya dapat juga admin melayari internet setelah beberapa hari ini terputus hubungan dengan Malaysia. Admin telah sampai ke Malaysia pada jam 9.30malam pada 3hb Julai 2013... Sampai rumah terus capai laptop... Tak sabar rasanya nak berkongsi cerita ketika berada di Yogyakarta@Jogjakarta.. tak tau yg mana satu yg betul... tapi kedua2 nya boleh diguna pakai... Kita keluar sedikit dari topik paintball ok...

Di Yogjakarta admin telah tinggal di sebuah rumah di perkampungan yang amat cantik, aman dan damai.. iaitu Kedongpoh Waten di daerah Purworejo.. Perjalanan mengambil masa 2jam 30minit untuk sampai ke perkampungan ini.. Arwah nenek admin rupa2 nya masih mempunyai saudara disana.. nenek admin telah merantau ke Tanah Melayu (Malaysia) sebelum kedatangan Jepun ke Tanah Melayu.. Dan arwah merupakan penduduk awal di Kg Sg Merab Luar... Jadi Admin telah menginap di salah sebuah rumah saudara disana..

Admin banyak menghabiskan masa dengan melawat rumah2 saudara disana, melawat kampung, mandi sungai, 'shopping' di bandar Purworejo, makan2 dan tdo... hehehe... malam agak sunyi dan terasa panjangnya waktu.. dah la waktu Indonesia lambat 1jam dengan Malaysia.. Jam 6 dah gelap.. Jadi admin agak pening dari segi mengatur masa dan juga mengira dan convert duit rupiah ke ringgit malaysia.. hahaha poning palo den.. Pagi hari admin akan dengar suara ayam berkokok, dapat lihat gunung ganang yang diselaputi kabus dan mendengar deruan air sungai mengalir.. sangat aman dan damai.. macam ayat2 cerita novel je kan.. hahaha.. tapi admin tak buat2 cerita ni.. memang kisah benar.. serius dohh...

Pekerjaan utama penduduk disana adalah pesawah.. jadi admin dapat merasa juga menjadi seorang pesawah.. Admin agak terpegun dengan kecekalan dan kesungguhan penduduk disana didalam mencari duit untuk meneruskan kehidupan.. Penduduk kampung itu amat mesra dan menghormati para tetamu.. Mereka juga kuat bekerja dan rajin.. Timbul juga rasa sedih melihat mereka gigih berusaha meneruskan kehidupan samada yang tua mahupun yang muda...

Jadi, admin berharap sangat agar kita rakyat Malaysia janganlah terlalu berasa selesa dengan keadaan diri kita.. dan admin harap ahli pasukan PXT dapat mencontohi kecekalan, kegigihan penduduk kampung ini untuk terus maju dan berdaya saing.. samada untuk diri sendiri, keluarga mahupun untuk pasukan PXT PHOENIX kita.. Disini admin sisipkan gambar admin sepanjang berada di bumi Yogjakarta, Indonesia.. Nanti admin akan tambah lagi gambar.. buat masa ni, yang ini dulu k... bye...


Pemandangan di sawah padi pada waktu pagi 

Pemandangan waktu pagi dgn udara yang segar & nyaman


Persekitaran rumah yg admin menginap


Pemandangan waktu pagi yang indah

Kabus menyelubungi perkampungan ini

Rumah saudara Rohman yang admin menginap

Pemandangan sawah padi - ketika ini sawah sedang dibajak

Sawah padi yang luas dan bertingkat - pada ketika ini sawah telah mengeluarkan hasil






Admin melihat kawasan kampung dgn menaiki motosikal (mcm yb tengok kawasan je.. hahaha)


Di sana telur dijual dengan menggunakan timbang.. bukan dikira biji seperti di Malaysia.. Telur pula adalah telur 'bebek' a.k.a itik...

Ini adalah alat penimbang yang digunakan


Ini adalah sungai yang ada didalam kampung tersebut.. boleh buat aktiviti 'rafting'... terbaeekkk...


Kerbau digunakan untuk membajak sawah...

Kerbau akan berkubang di tali air setelah penat menjalankan tugas... hehehe..

Kebanyakan rumah disana seperti gambar diatas.. sesiapa yg ada duit banyak mereka akan membeli parabola untuk mendapatkan rangkaian tv.. perasan tak parabola kat atas atap tu..


Empangan Sungai




Admin bersama ibu berada didalam 'angkut' (pengangkutan awam seperti van) utk pergi ke pekan Purworejo.. Satu kepala dikenakan bayaran sebanyak 1,000 rupiah dlm 35sen duit Malaysia kot..


Dari kiri : Apin (karektor kucing dlm Upin & Ipin) peminat setia cerita animasi Malaysia Upin&Ipin.. dan disebelahnya bapa apin iaitu Rohman


Mee Ayam.. Memang enak sekali...

Itik pulang petang... hahaha..

Memang banyak itik ni.. tak larat admin nak kira..

Itik2 ni bukan untuk dimakan tetapi utk diambil telurnya dan dijual....

Ikan 'Gerami' (bahasa indonesia) atau ikan kaloi.. ini santapan admin pada hari selasa.. goreng pun sodap...

Ini adalah masjid yg sedang di 'renovate'. sesiapa yg nak sedekah bolehlah melalui admin... besar pahalanya insyaallah...



Alfin @ apin (selalu menemani admin dimana sahaja)

Mandi di kali (sungai).. sojuk wei.. Air keroh skit coz baru lepas hujan..











Best giler mandi sungai ni..



hahaha.. admin mencuba untuk menjadi pesawah.. ada gaya la..


Lotih wei...



Admin mau pulang dulu ya... hahaha


Admin sempat melihat anak2 kecil belajar mengaji Al-Quran





Beduk yang masih digunakan sebagai alat untuk menunjukkan waktu solat da masuk






Kaum ibu sedang membaca yasin untuk kenduri tahlil arwah ayah dan nenek admin..







Dihari terakhir berada di Kedungpoh Waten... Paling kanan merupakan adik arwah nenek (satu mak lain bapa). Muka memang sebijik dgn muka arwah nenek admin..

Shopping di Borobudur..



Kereta kuda di Borobudur


Tali air untuk menyalurkan air ke dalam sawah padi...

Terbaik...

Kerbau digunakan untuk menarik bajak


Alat penimbang.. 

Timbang bag bagasi.. hehehe.. nak tau bape kg..

Memang tepat gila alat ni dengan menggunakan penimbang elektronik di Airport..
timbang berat keseluruhan bag 41kg (guna alat penimbang tradisional). Di airport timbang sebelum check-in pun dapat 41kg.. memang tepat.. kagum admin...