Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Apa khabar semua? Dah lama tak jumpa dengan geng2 PXT.. rindu rasanya.. :) Harap semuanya sihat dan gembira hendaknya.. lebih2 lagi dah nak dekat dengan Hari Raya Aidilfitri ni...So ramai yg dah takde 'mood' nak keje kan?? haha.. sama la kita.. Pejam celik bulan Ramadhan telah menghampiri ke penghujungnya.. 10 malam yang terakhir ni adalah malam yang perlu kita lipat kali gandakan amalan baik seperti solat sunat, membaca alquran dan bermacam2 lagi ibadah yang boleh kita lakukan.. kerana didalam 10 malam yang terakhir ni terdapat 1 malam yang dipanggil Lailatul Qadar.. Dimana ganjaran pahalanya berlipat kali ganda.. Subhanallah..
Jadi apa yang hendak dikongsikan disini adalah malam tadi admin telah bermimpi pasukan PXT Phoenix telah memenangi WCA 2013.. hahaha.. sampai terbawak dlm mimpi.. So diharap mimpi admin di 10 malam terakhir ramadhan ni diharap akan menjadi kenyataan dan diharapkan korang semua berdoalah banyak2 dimalam 10 malam yang terakhir ini kerana dikatakan bahawa pada malam Lailatul Qadar doa yang dipanjatkan insyaallah diperkenankan oleh Allah.. Kita berdoalah untuk diri kita agar diampunkan dosa dan di beri kekuatan iman.. Doa jugak untuk pasukan PXT dapat kekal didalam dunia paintball dan beroleh kemenangan.. Insyaallah.. Kita hanya mampu berdoa dan berusaha.. Kita merancang dan Allah yg menentukannya.. Sesungguhnya perancangan Allah lebih hebat drpd perancangan manusia.. Wassalam..
No comments:
Post a Comment