Tuesday 6 August 2013

SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR & BATIN

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA...



1stly... admin ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR & BATIN.. Andai kata sepanjang blogspot ini diwujudkan terdapat kata2/tulisan yang mengguris hati pembaca terutama kepada seluruh ahli keluarga PXT Phoenix yang tercinta... Begitu juga sekiranya sepanjang admin menjadi pengurus pasukan terdapat arahan dan keputusan yang tidak memuaskan hati, admin dengan rasa rendah dirinya memohon ampun & maaf... (ayat power siut.. hahaha..)

Kepada mereka yang pulang ke kampung halaman, admin harap pandulah kenderaan dengan penuh berhati2 dan bertimbang rasa ketika berada di jalanraya.. Begitu juga kepada mereka yang keluar untuk beraya menziarahi sanak saudara dan sahabat handai... Ingat kata2 ni "KEPULANGAN ANDA DINANTI BUKAN UNTUK DITANGISI".. 

Jangan dilupakan juga kepada ahli keluarga / sahabat kita yang telah pergi meninggalkan kita.. Ziarahlah pusara mereka dan sedekahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada mereka, semoga roh mereka ditempatkan dikalangan org yang bertakwa.. Tahun ni merupakan tahun pertama admin beraya tanpa ayahanda kerana telah pergi menyahut seruan Illahi pada 18 Syawal tahun lepas.. Alfatihah...

Yang pastinya bulan Ramadhan akan melabuhkan tirainya beberapa hari lagi dan semoga kita dapat berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan ini dimasa akan datang.. Semoga kita dipanjangkan usia dan dimurahkan rezki insyaallah...

SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR DAN BATIN.........