Wednesday 26 June 2013

HARI INI DALAM SEJARAH... :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

1stly, admin ucapkan terima kasih kepada mereka yang telah ucapkan 'Happy Birthday'... hari ni (26/06/2013) genaplah umur admin 25thn (+ 7thn)=32thn.. hehehe... dan pada hari esok (27/06/2013) genap jugak sukan paintball yang ke 32tahun didalam dunia ni.. kerana pada 32 tahun yg lepas :-

"Seramai 12 pemain telah memulakan sejarah permainan paintball pada 27 Jun 1981 dengan menggunakan pistol Nel-Spot 007. Mereka ialah Bob Jones, Ronnie Simpkins, Jerome Gary, Carl Sandquist, Ritchie White, Ken Barrett, Joe Drinon, Bob Carlson, Lionel Atwill, Charles Gaines, Bob Gurnsey dan Hayes Noel. Permainan mendapatkan bendera atau Survival ini telah diadakan dikawasan berkayu dengan keluasan 80 ekar."

Jadi nak dipendekkan cerita.. pada ketika itu (27/06/1981) telah lahirnya seorang pemain yang bakal menggegarkan dunia didalam sukan paintball.. admin la orang nye.. hahahahahaha.... admin memang gempak orangnye.. Ini membuatkan admin bersemangat untuk berada didalam sukan paintball seberapa lama yang mungkin.. Insyaallah... Kalo dari dulu admin tau paintball ni mmg best.. keluar je dari perut mak admin terus capai marker.. tak pun join skali dengan 12 orang kat atas tu.. hehehe...

Admin nak ucapkan terima kasih kepada seluruh ahli pasukan PXT kerana hadir 'training' ahad lepas.. Dengar teruk jugak korang kene dengan coach.. apapun itu semua untuk kebaikan kita bersama.. admin mintak maaf kerana ahad lepas tak dapat ikut 'training' kerana ada urusan fardu kifayah yang perlu dilaksanakan (menguruskan pengkebumian ahli kariah Kg.Sg.Merab). Minggu ni juga admin tak dapat 'join' 'training' gak kerana terpaksa berangkat ke Jogjakarta dan dijangka balik pada hari Rabu (3/7/13). Dan pada minggu terakhir sebelum puasa juga admin tak dapat sertai 'training' sekali lagi kerana ada tugasan di Bagan Lalang.. ada kursus yang perlu di 'handle'... So nampak gayanya 3 minggu admin tak dapat 'training' bersama korang.. sob sob sob.. sedih nye.. apapun korang kene training dengan penuh semangat, walaupun admin takde.. macam gud gud je admin ni.. hahaha.. ok kat sini admin sisipkan gambar bebudak yang datang 'training' baru2 ni..











Wednesday 19 June 2013

SEPETANG BERSAMA DENO...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Petang tadi sebelum balik ke rumah admin rasa macam teruja nak pergi ke Propark.. Tak tau kenapa rasa nak sangat pergi ke Propark.. Jadi admin pun pergi gak la ke Propark.. Rupa2 nya Nazz, Bob dan Dani tengah 'training' dengan seorang player Divisyen 2. Korang tahu siapa?? Deno.. Kenal?? Kalau dengar nama tu mesti korang ingat lelaki.. Tp Deno merupakan seorang perempuan der... Deno ni merupakan ahli pasukan SIREN (dalam Malaysia) dan MARUSIA (pasukan antarabangsa).. Memang hebat.. Untuk pengetahuan korang Deno ni merupakan sepupu kepada isteri Dani (ahli pasukan PXT).. Sebelum ni memang pernah dengar nama dia tapi tak pernah berjumpa.. Jadi memang 'luck' la petang tadi kerana banyak perkara yang dikongsikan oleh Deno.. Deno telah berkecimpung didalam sukan paintball ni selama 7 tahun (menurut kata Deno). Memang banyak pengalaman dia didalam sukan paintball samada di Malaysia mahupun Antarabangsa.. Apapun admin ucapkan terima kasih kerana sudi datang ke Propark dan 'training' bersama PXT Phoenix tadi.. Diharapkan ahli pasukan PXT Phoenix dapat jadikan Deno sebagai salah satu sumber inspirasi.. Kalo perempuan boleh kenapa kita tidak boleh... PXT!!! Auummmm....












Tuesday 18 June 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Makluman kepada seluruh ahli pasukan PXT Phoenix... 
Hari Ahad (23/06/2013) akan diadakan latihan seperti biasa... Kita akan berlatih bersama sebuah lagi pasukan yang berminat mengikuti program latihan bersama kita. Diharap semua ahli pasukan dapat menghadirkan diri. 

Monday 17 June 2013

MUTIARA KATA...

Tidak ada rahsia untuk mencapai kejayaan. Kejayaan itu terjadi kerana persiapan, kerja keras dan ingin belajar dari kegagalan.” (General Colin Powell)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Apa khabar semua? Admin tertarik dengan kata-kata pujangga oleh General Colin Powell diatas.. Memang benar apa yang dikatakan. Bukan mudah untuk memperoleh kejayaan sekiranya kita tidak berusaha dengan gigih dan penuh dedikasi. Untuk mencapai kejayaan perkara pertama yang akan kita tempuh adalah kegagalan.. Baru kita dapat perbaiki kelemahan yang ada di dalam diri kita. Kejayaan itu hadir dengan persiapan, displin, komitmen dan kerja keras yang tinggi.

Sebagai contoh semalam (16hb Jun 2013) PXT Phoenix telah mengadakan latihan bersama dengan pasukan yang baru menceburkan diri didalam speedball. Kita telah mengadakan beberapa perlawanan dan    walaupun PXT banyak memenangi perlawanan tersebut namun bukan itu yang hendak dibanggakan dan dinilaikan... apa yang penting adalah PXT dapat melihat kelemahan yang berlaku dan disitu kita dapat perbaiki segala kelemahan... Terima Kasih kepada NAS, BOB, ARI, ABOY kerana dapat hadir ke sesi latihan dan terima kasih juga kpd ABG BOY selaku coach yang banyak memberi tunjuk ajar.. Kepada ahli PXT yang tidak hadir semalam diharap dapat memberi komitmen dimasa-masa akan datang. 



Sunday 9 June 2013

Terima Kasih...

Firstly admin nak ucapkan jutaan terima kasih kpd semua ahli pasukan PXT Phoenix kerana telah hadir menjalani latihan pada hari ini.. Pasukan PXT amat bertuah kerana dapat menjalani latihan bersama pasukan The Republic of CMX... Banyak perkara dan tips yang dikongsikan oleh ahli pasukan CMX.. Terima kasih sekali lagi kepada bro2 CMX semua... 

The Republik Of CMX

Buat pertama kalinya Mesyuarat Pasukan telah diadakan... Alhamdulillah semua orang didalam pasukan telah memberi kerjasama yang amat diharapkan.. Diharapkan mesyuarat akan selalu diadakan bagi membincangkan tentang halatuju pasukan, masalah yang timbul dan berbagai lagi... Apapun matlamat kita untuk menjuarai Divisyen 4 WCA di Langkawi jangan sesekali dilupakan. Teruskan latihan geng... 

Bye2.. 

Tuesday 4 June 2013

ROAD 2 LANGKAWI...



Akhirnya tiket penerbangan ke Pulau Langkawi pada 14hb November 2013 ini telah pun berjaya ditempah melalui online.. PXT Phoenix akan menggunakan perkhidmatan penerbangan AirAsia. Tak sabar2 rasanya nak ke Langkawi.. hehehe... Apapun terima kasih kepada ahli pasukan kerana telah memberi kerjasama yang diharapkan. Semoga perjalanan pasukan PXT Phoenix akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T dari mula sehingga keakhirnya. Amin.. 


Monday 3 June 2013

PXT Phoenix Training Report

Terima kasih admin ucapkan kepada ahli-ahli pasukan yang turun utk menjalani latihan petang semalam (2/6/13). Antara ahli pasukan yang hadir adalah Nazz Villa, Bob, Dani, Emit, Aboy dan Coach kita Abg Boy. Walaupun bermula lewat namun latihan tetap dijalankan. (walaupun admin memang berjanggut tapi berjanggut gak la admin tunggu diorang :D )

Admin juga bersimpati kepada Ari kerana terlibat didalam kemalangan petang semalam (2/6/13) dan disebabkan itu beliau tidak dapat hadir untuk menjalani latihan bersama rakan-rakan yang lain. Mujur beliau tidak mengalami sebarang kecederaan, hanya kereta SWIFT kesayangannya sahaja yang mengalami kerosakan yang teruk. Apapun bro Ari dont sleep when u drive.. hahaha...