Wednesday 26 June 2013

HARI INI DALAM SEJARAH... :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

1stly, admin ucapkan terima kasih kepada mereka yang telah ucapkan 'Happy Birthday'... hari ni (26/06/2013) genaplah umur admin 25thn (+ 7thn)=32thn.. hehehe... dan pada hari esok (27/06/2013) genap jugak sukan paintball yang ke 32tahun didalam dunia ni.. kerana pada 32 tahun yg lepas :-

"Seramai 12 pemain telah memulakan sejarah permainan paintball pada 27 Jun 1981 dengan menggunakan pistol Nel-Spot 007. Mereka ialah Bob Jones, Ronnie Simpkins, Jerome Gary, Carl Sandquist, Ritchie White, Ken Barrett, Joe Drinon, Bob Carlson, Lionel Atwill, Charles Gaines, Bob Gurnsey dan Hayes Noel. Permainan mendapatkan bendera atau Survival ini telah diadakan dikawasan berkayu dengan keluasan 80 ekar."

Jadi nak dipendekkan cerita.. pada ketika itu (27/06/1981) telah lahirnya seorang pemain yang bakal menggegarkan dunia didalam sukan paintball.. admin la orang nye.. hahahahahaha.... admin memang gempak orangnye.. Ini membuatkan admin bersemangat untuk berada didalam sukan paintball seberapa lama yang mungkin.. Insyaallah... Kalo dari dulu admin tau paintball ni mmg best.. keluar je dari perut mak admin terus capai marker.. tak pun join skali dengan 12 orang kat atas tu.. hehehe...

Admin nak ucapkan terima kasih kepada seluruh ahli pasukan PXT kerana hadir 'training' ahad lepas.. Dengar teruk jugak korang kene dengan coach.. apapun itu semua untuk kebaikan kita bersama.. admin mintak maaf kerana ahad lepas tak dapat ikut 'training' kerana ada urusan fardu kifayah yang perlu dilaksanakan (menguruskan pengkebumian ahli kariah Kg.Sg.Merab). Minggu ni juga admin tak dapat 'join' 'training' gak kerana terpaksa berangkat ke Jogjakarta dan dijangka balik pada hari Rabu (3/7/13). Dan pada minggu terakhir sebelum puasa juga admin tak dapat sertai 'training' sekali lagi kerana ada tugasan di Bagan Lalang.. ada kursus yang perlu di 'handle'... So nampak gayanya 3 minggu admin tak dapat 'training' bersama korang.. sob sob sob.. sedih nye.. apapun korang kene training dengan penuh semangat, walaupun admin takde.. macam gud gud je admin ni.. hahaha.. ok kat sini admin sisipkan gambar bebudak yang datang 'training' baru2 ni..











No comments:

Post a Comment